Luluh hawa

Luluh hawa merupakan proses pemecahan dan penguraian atau pereputan batuan yang berlaku secara in-situ. Pemecahan atau penguraian ini terjadi akibat tindak balas pelbagai agen persekitaran seperti air hujan, perubahan suhu, tindakan fros/ibun dan mikroorganisma yang memecahkan batuan tersebut kepada saiz yang lebih kecil atau terurai menjadi bahan baru seperti larutan, tanih, regolit, dan sebagainya.Kejadian ini boleh menjejaskan bahan sekitar secara kimia, fizikal dan biologi bergantung kepada iklim tempat persekitaran bahan yang terurai.